Wednesday, 20 August 2014

Merdeka :)

Kemerdekaan adalah kebebasan sesebuah negara  daripada penjajahan luar. Namun kemerdekaan bukan bermaksud kebebasan daripada penjajah sahaja malah kebebasan minda dan pemikiran rakyat daripada anasir anasir luar yang mempengaruhi minda rakyat bagi mewujudkan perpecahan antara kaum dan permusuhan dalam negara. Malaysia contohnya merupakan sebuah negara yang maju dan membangun telah mencapai kemerdekaan selama 57 tahun. 31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah dan paling bermakna bagi rakyat Malaysia kerana itulah permulaan kebasan negara daripada penjajahan barat. Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan itu adalah kebanggaan bagi negara kita kerana walaupun kita mempunyai pelbagai kaum dan etnik tetapi kita masih mampu mengecapi dan mengekalkan kemerdekaan sehingga ke hari ini. Sebagai anak Malaysia kita sewajarnya menghargai perjuangan dan hasil usaha pejuang pejuang negara dan pemimpin yang terdahulu. Sematkan juga di dalam diri semangat cinta akan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.